Selasa 24 Jun,
saya akhirnya membeli jugak 3G model (Celcom) berserta pendaftaran untuk plan 384kbps yang keseluruhan kosnya RM 467.00.
Saya seorang yang amat detailed dalam membeli satu-satu produk teknologi terutama bila produk itu amat saya faham Pro dan Kontra nya. Tapi dalam kes ini saya tiada pilihan...inilah yang terbaik yang berada di dalam pasaran Malaysia..
Bila saya mula surfing guna produk ini petang tadi...saya sudah menjadi cepat jemu. Banyak kriteria yang saya inginkan terbatas.....mungkin celcom patut ambil keterangan ini untuk pihak dilonggok pada team R&D supaya cepat melebarkan jalur lebar yang sedia ada. Saya seorang pengguna yang advanced di mana kebanyakan kegunaan internet ialah untuk video conferencing, e-commerce, e-documentation dan virtual marketing...tapi saya gagal memanfaat kemahiran saya apabila teknologi yang terbaik di Malaysia ini bagi saya maish jauh terbelakang dari lain-lain negara contohnya Singapura, Jepun, Taiwan, Hong Kong malah Thailand sendiri mempunyai jaringan jalur lebar yang lebih berkeupayaan tinggi.
Diharap penyedia-2 perkhidmatan sedemikian dapat menyahut komen saya ini agar Malaysia tidak lagi menjadi negara pencanang idea yang idealistik tetapi dari segi perlaksanaan kita gagal...
MSC kita dah bertahun beroperasi....TM group kita dah jauh matang....kita dah cukup resepi untuk kemajuan tetapi cara resepi diadun masih perlahan dan kurang UMMPHHHH!!!
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)